3 Tips Nak Pilih Pakej Unifi Yang Sesuai Untuk Kegunaan di Rumah

Adakah anda sedang merancang untuk pasang unifi namun tak sure nak pilih pakej unifi yang sesuai? Tolong jangan subscribe pakej unifi sebelum baca 3 tips ni ok.

1. Pilih Pakej Unifi Ikut Kemampuan

Ini tips paling utama. Anda haruskan bijak merancang perbelanjaan bulanan.

Gagal merancang, bermakna anda merancang untuk gagal

pakarfibre.com

Ketahui status kewangan atau komitment setiap bulan. Buat kira² bila akan ada berlaku penambahan komitment bulanan.

Untuk makluman, setiap harga pakej yang ditawarkan adalah tidak termasuk SST 6%. Maka, buat kira sebaik²nya dengan membuat perkiraan dangan value yang tepat. Boleh rujuk artikel ini untuk mengetahui kadar komitment bulanan bagi setiap pakej unifi yang ditawarkan.

2. Bilangan Pengguna dan Kadar Penggunaan

Ini juga merupakan salah satu faktor yang penting sebelum membuat pilihan pakej unifi.

Good choice of unifi plan = better experience

pakarfibre.com

Senarai Pakej Unifi 2022

  • RM89, Kelajuan 30Mbps – Sesuai untuk keluarga kecil. Ada 1 mak, 1 ayah dan 1-3 anak kecil. Maximum boleh connect 2 devices.
  • RM129, Kelajuan 100Mbps – Maximum boleh connect 5 devices. Sesuai untuk anda yang selalu livestreaming, game online etc.

Untuk pakej yang seterusnya ini, anda akan dapat Unifi Plus Box (UPB). Sesuai untuk anda yang perlukan tv dan channel² menarik under ultimate package.

  • RM149, Kelajuan 30Mbps – boleh pakai 1-2 orang. Maximum boleh connect 2 devices.
  • RM189, Kelajuan 100Mbps – boleh pakai 2-3 orang. Maximum boleh connect 5 devices.
  • RM199, Kelajuan 300Mbps – boleh pakai sehingga 6 orang & boleh connect multiple devices.

Dua pakej di bawah ini sesuai bagi saiz rumah yang agak besar seperti bungalow, semi-d, double storey atau rumah lebih dari 2 tingkat.

  • RM249, Kelajuan 500Mbps
  • RM349, Kelajuan 800Mbps

Dengan dua pakej unifi ini, ia boleh digunakan lebih dari 10 pengguna (heavy user) dan boleh connect multiple devices.

Penggunaan – Melayari video berkualiti tinggi 4K, HD streaming, livestreaming, streaming game, etc. Anda juga akan mendapat mesh wifi. Fungsi mesh wifi ni dia akan cover setiap ruang rumah agar mendapat full signal dan coverage unifi.

Anda boleh rujuk table di bawah untuk mendapat gambaran pemilihan pakej unifi yang sesuai berdasarkan bilangan pengguna dan kadar penggunaan dalam isi rumah.

pakej unifi
Pilihan Pakej Unifi 2022

3. Fahami terma dan syarat pakej unifi

Kontrak

Semua pakej Unifi mempunyai kontrak selama 24 bulan atau 2 tahun. Jika anda sanggup mengikat kontrak selama 2 tahun bersama unifi, anda bebas untuk melanggan.

Pembayaran pendahuluan

Untuk melanggan pakej unifi 2022, setiap pelanggan wajib membuat pembayaran RM100 dalam tempoh 10 hari selepas selesai proses pemasangan.

RM100 ini perlu di bank in ke dalam akaun unifi anda sendiri dan bukan dibayar kepada orang yang pasang unifi.

Nanti unifi akan gunakan wang pendahuluan RM100 ini untuk membayar bil pertama anda.

Penalti

Jika anda melanggar kontrak unifi, contohnya anda bercadang untuk terminate akaun unifi sebelum cukup tempoh 24 bulan, anda akan dikenakan penalti oleh pihak Unifi.

Penalti unifi = nilai pakej per month x baki bulan kontrak

Contohnya:

Pakej: RM89 sebulan
Tempoh kontrak: 24 bulan
Tempoh dah pakai: 14 bulan
Baki kontrak: 10 bulan

Jika anda terminate akaun anda lebih awal dari tempoh kontrak, anda perlu membayar penalti seperti berikut:

RM89 (harga pakej) x 10 bulan (baki kontrak) = RM890

Banyak bukan penalti yang dikenakan? Lagi tinggi harga kontrak, lagi tinggi penalti yang akan dikenakan. Oleh itu rancang sebaiknya.

Kesimpulan

Pengguna yang bijak adalah pengguna yang dah buat study tentang sesuatu perkara sebelum ambil tindakan. Sebagai bakal pelanggan unifi, anda harus tahu 3 tips di atas bagi memilih pakej yang sesuai untuk anda dan keluarga.

Tapi kena ingat ye. Sebelum decide nak ambil pakej yang mana, status coverage jugak lah yang paling utama. Kalau semua 3 tips ni dah hadam, tapi kawasan takde coverage susah jugak kan?

Kalau belum tahu status coverage, boleh tekan je butang di bawah untuk saya bantu check. Dalam kurang dari 24 jam mesej akan akan dibalas (jika ada coverage).

Semoga perkongsian ni dapat memberi manfaat untuk anda dalam membuat keputusan. Terima kasih.

Kongsi artikel ini

Mereka baca ini juga

Check Coverage Unifi Fibre

Sila isikan maklumat di bawah dengan tepat untuk melancarkan proses pemeriksaan port unifi.

Pastikan anda memilih tujuan yang betul agar proses pemeriksaan menjadi lebih mudah

Coverage Unifi

Sertai channel ini untuk ketahui sebarang update tentang status coverage unifi di kawasan anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *