Wifi Slow? Jom Kenalpasti 5 Faktor Punca Internet di Rumah Tak Laju

wifi slow why?

Table of Contents

Wifi slow…Mesti anda pernah experience kan? Takkan la tak pernah. Musykil i…. Hahaha

Benda biasa. Tahu la kan. Teknologi. Kejap laju kejap slow. Mesti ade sebab kenapa wifi slow secara tiba-tiba. Nak layan netflix pun tak senang kan? Jom kita cuba explore antara faktor kenapa internet di rumah boleh jadi slow.

punca kena wifi slow
5 punca wifi slow

5 Punca Signal Wifi Slow

Disini saya kongsikan 5 punca kenapa wifi slow. Apakah yang menyebabkan perkara ni berlaku? Check this out.

1. Bilangan peranti yang connect dengan Wi-Fi

1st sekali masa nak daftar unifi, agent ada explain kan. Kalau subscribe speed macam ni, sesuai connect untuk beberapa bilangan punya device je… Masih ingat tak?

Contohnya anda subscribe unifi home fibre 30Mbps (RM89/month). Untuk kelajuan 30mbps, bilangan device yang kami agent selalu recommend adalah dalam 1 hingga 4. Itu pun untuk penggunaan yang basic macam layan media social dan streaming video online secara serentak.

Kalau ikutkan, the best untuk 30mbps ni maximum connect 2 devices je. Kiranya macam keluarga kecil. Ada husband, wife dan anak satu atau dua orang. So 30mbps dah memadai (kecuali husband gamer, wife youtuber).

Tapi line unifi boleh jadi slow bila pakej yang di subscribe 30mbps dan device yang connect melebih 4 malah hingga 8 devices. Of course lah signal internet akan jadi slow. Logik lah kan. Highway yang penuh dengan kereta, jem dia tak hengat! Congested bro!

2. Kandungan website atau aplikasi yang digunakan

Ada sesetengah website atau aplikasi yang hold high quality content. Kandungan quality content atau aplikasi yang menggunakan data yang tinggi boleh effect connection speed. Contohnya

  • Tonton high quality video 4k
  • Main game yang perlukan high bandwidth
  • Online meeting atau pembelajaran online

So bila ayah layan streaming 4k, mak nak buat class online, mungkin wifi jadi slow jika speed yang di subscribe tu kurang dari apa yang diperlukan.

3. Lokasi peranti Wi-Fi

Ini agak penting.

Sebaiknya, router unifi diletak dikawasan yang terbuka dan elakkan disorok di dalam kabinet atau laci especially kabinet besi. Dinding dan tempat tertutup akan mengganggu signal wifi dan akan menyebabkan unifi slow.

4. Saluran frekuensi yang berbeza

Tahukah anda, wifi router usually offer 2.4Ghz dan 5Ghz frequency channel? Dan setiap channel ni mempunyai coverage dan connection speednya yang berbeza.

2.4Ghz – coverage area lebih luas tapi speed lebih kurang
5.0Ghz – coverage area lebih pendek tapi speed laju

Anda ada pilihan untuk switch channel ni ikut keperluan anda. Lagi jauh anda dari router, lebih slow internet yang anda dapat. Lagi-lagi rumah dua atau tiga tingkat. Thats why bagi nak elakkan blindspot dalam rumah (kawasan yang dapat kurang reach signal wifi), saya suggest untuk menggunakan Mesh Wifi potato. Confirm puas hati. Full signal setiap masa.

5. Jenis peralatan berdekatan router unifi

Antara alat perkakas rumah yang boleh ganggu signal Wi-Fi adalah seperti microwave, baby monitor, Walkie-Talkies dan radios sebab alat-alat ini menghasilkan gelombang elektromagnetic.

Baca: Cara throubleshoot unifi dengan mudah

Kesimpulan

Bila dah kenalpasti 5 faktor di atas, boleh la anda check macam mana amalan di rumah masing-masing. Semoga ada peningkatan wifi speed bila anda dah ambil kira setiap point yang dikongsikan.

Semoga bermanfaat!

Kongsi artikel ini

Mereka baca ini juga

Check Coverage Unifi Fibre

Sila isikan maklumat di bawah dengan tepat untuk melancarkan proses pemeriksaan port unifi.

Pastikan anda memilih tujuan yang betul agar proses pemeriksaan menjadi lebih mudah

Coverage Unifi

Sertai channel ini untuk ketahui sebarang update tentang status coverage unifi di kawasan anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *