Pemasangan Unifi

5 Step Ringkas Dari Mula Sehingga Selesai Proses Pemasangan Unifi

Step 1: Buat appointment

Anda perlu register dulu baru boleh buat appointment. Macam mana nak register Unifi dengan cepat dan mudah?Ā Klik je sini. Anda akan diberi pilihan tarikh bila nak pasang.

Take note: Pemasangan untuk FTTx (Landed House atau office) memakan masa antara 4-8 jam, dan VDSL2 (apartment), 2-3 jam. (Anggaran sahaja. Kebiasaannya untuk pemasangan standard dalam 1-2 jam dah siap)

Biasanya, TM Unifi Center atau Team Pemasangan Unifi akan call anda untuk pengesahan pemasangan dan alamat kediaman 24 jam sebelum datang.

Step 2: Pemeriksaan tapak

Setibanya team unifi di rumah atau office anda, mereka akan brief proses yang bakal dilakukan step-by-step. Ini termasuklah:

(i) Site assessessment (outdoor and indoor)
(ii) Cable entrance (drilling point for FTTx)
(iii) Equipment termination point
(iv) Route of wiring

Untuk pemasangan FTTx (landed house), technician akan kenalpasti lokasi Fibre Distribution Point (FDP), samaada ia located pada overhead pole, atau underground.

Take note: Kalau akses underground fibre kena blocked disebakan renovation, proses pemasangan akan jadi lebih lama.

Untuk VDSL2, proses lebih cepat berbanding FTTx since technician hanya perlu akses bilik MDF di dalam bangunan.

Step 3: Proses Pemasangan

As part of this process, minimal drilling mungkin diperlukan. Pemasangan dalam rumah mungkin memakan sedikit masa sebab technician kena setup susun atur fibre optic cable. Untuk rumah apartment atau kondo, VDSL2 tak memerlukan proses drilling since UniFi connection datang dari existing phone jack di rumah.

Step 4: Setup Peralatan

Bila dah selesai pasang cable Unifi, tibalah masanya untuk connect network dengan peralatan (modem & router). Once semua peralatan dan siap pasang, technician team akan test samaada semuanya berfungsi dengan baik atau tak. Usually mereka akan tunjuk pada anda setiap proses ni berjalan.

Take note: Jangan lupa bagi air dan biskut. Courtesy kita sebagai tuan rumah.

Step 5: Completion

Anda kena sign Service Acceptance Form (SAF). Ni kiranya SOP pihak TM once dah selesai. Itu sahaja.

Take note: Jangan lupa ucap terima kasih šŸ˜‰

Jika anda ingin download maklumat ini versi inforgrafik dari unifi, boleh dapatkanĀ di sini.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *