Payment

Baru Subscribe Unifi. Macam Mana Nak Tahu Nombor Akaun Unifi?

Saya nak tanya dekat mana nak tengok nombor akaun unifi?

Abang Kacak

Ini antara persoalan biasa bagi pelanggan-pelanggan yang baru mendaftar unifi. Tak tahu apa nombor akaun unifi.

Yelah. Agent cakap lepas siap pasang kena bayar advance payment RM100. Tapi nak bayar kat mana. Kalau lepas 10 hari tak bayar, akaun unifi kena suspended.

Betul tu.

Kalau tak buat pembayaran seperti yang unifi tetapkan, akaun akan digantung. So kat sini saya kongsikan cara nak dapatkan nombor akaun unifi.

1. Contact Agent Unifi

Ini langkah paling mudah nak dapat nombor akaun unifi. Just contact je agent unifi yang mendaftarkan akaun anda. Jangan contact agent lain pulak sebab agent lain tak akan tahu.

Setiap agent yang mendaftarkan customer mempunyai rekod nombor akaun customer mereka masing-masing.

2. Unifi Portal (digitalme)

Pastikan anda merupakan pelanggan unifi sebelum mendaftar di unifi portal. Untuk akses portal unifi atau digitalme, anda hanya perlu daftar new account. Boleh rujuk video ini untuk daftar.

Jika anda mempunya banyak akaun unifi, anda boleh lihat kesemua senarai servis yang anda subscribe di portal unifi ini.

3. Aplikasi myunifi

Selepas berjaya register akaun di portal unifi, anda boleh download dan install aplikasi myunifi untuk melihat maklumat akaun unifi.

4. Customer service

Anda hanya perlu contact customer servis untuk sebarang bantuan. Ada banyak channel yang pihak TM Unifi sediakan. Anda just perlu pilih sahaja.

Kesimpulan

Communicate lah dengan agent unifi anda untuk mendapatkan basic info berkenaan akaun unifi anda. InsyaAllah mereka akan bantu. Kalau ada isu teknikal sebaiknya berhubung terus dengan Unifi di channel-channel yang disediakan.

Nota: Nombor akaun unifi ni ada 10 angka. Kalau unifi lite (streamyx) dia akan start dengan huruf atau abjad.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *