Fibre Optic vs Wireless Network
Apa beza unifi fibre dengan line-line yang guna dalam phone tu? Bukan bende sama ke?
Sudah tentu bukan benda yang sama. Explanation paling mudah macam ni…
Fibre Optic : Unifi fibre , Maxis fibre, TIME fibre
pakarfibre.com
Wireless Network (3G& 4G) : Celcom , Digi , Maxis , Umobile, XOX

Beza Fibre Optic dan Wireless Netword
Terdapat perbezaan antara “Fibre” dan “Wireless Network” dan semestinya perbezaan yang sangat ketara.
Dimana penggunaan “Wireless Network” bergantung dengan jarak anda dengan pencawang.
Sekiranya anda duduk berhampiran dengan kawasan pencawang, semestinya anda akan menikmati kelajuan internet yang maksima.
Manakala penggunaan “Fiber Optic” pula bergantung dengan kabel Fiber Optic dimana boleh mencapai kelajuan sehingga 43 terrabits per second (Tbps).
Dan biasanya perkhidmatan “Fiber Optic” hanya terhad di kawasan bandar sahaja.
Wireless Network Ibaratnya ialah Hujan yang turun kebumi dimana ada sesetengah kawasan yang akan mendapat air yang banyak, ada kawasan yang sedikit.
Dan Fiber Optic pula ibarat Air paip di rumah anda setiap rumah akan terima air yg banyak dan laju.
Begitulah serba sedikit analogi penerangan fibre optic dan wireless network.