Sebelum ni ok je internet. Baru-baru ni dia buat hal pulak. Dah la urgent nak pakai internet. Wifi Unifi Slow macam siput sedut lah!
Cik Kiah, Putrajaya
Saya faham situasi anda dan saya sendiri sebagai pengguna dah rasa bertapa stressnya bila internet slow. Tapi jangan risau. Ada beberapa kaedah yang kita boleh buat untuk setelkan isu unifi slow ni. Tak cuba tak tahu kan?
Untuk cuba solve isu wifi slow, kita sebagai pengguna disarankan untuk follow step mudah ni.
Basic Simple Step
- Switch Off semua equipment (modem/btu) untuk beberapa minit (3 minit). Selepas itu ON semula.
- Check semua cable yang ada. Pastikan tidak longgar dan dipasang kemas.
- Buat speedtest menggunakan PC (sambung guna cable LAN cat6 ke atas).
- So kalau speedtest dapat 10% dari pelan yang anda subscribe, better go livechat.
Nota:
Saya lebih prefer untuk anda test kelajuan internet menggunakan cable LAN (CAT5/CAT6) dan direct ke laptop atau PC sebab data lebih accurate berbanding guna phone. Kalau takde pc/ laptop pun takpe, anda boleh test guna mobile phone, cuma pastikan phone anda support dual band wifi 5ghz. Dan satu lagi, pastikan sebelum test tu, anda stop any downloding activity (kalau ada).
Baca: Punca Unif slow
Selain tu, anda juga boleh rujuk EasyFix untuk cuba sendiri selesaikan isu unifi slow.
Masalah Wifi Unifi Slow
Platform EasyFix ni medium rasmi TM, khas untuk bantu pelanggan unifi untuk buat troubleshoot sendiri. Penerangan yang disediakan pun agak simple dan jelas.
Visit EasyFix di Website Official Unifi

Dekat EasyFix, Unifi ada sediakan cara nak buat troubleshoot. Pilih je mana yang sesuai. Paling biasa yang sy selalu suggest kat customer
- Check ade tak wayar yang longgar. Kalau semua ok
- Switch off power plug selama 2 minit.
- On balik suis.
Kalau tak jadi jugak, saya suggest restart modem dan router dan biarkan 2 minit. Tapi kalau tak jadi jugak, abang kakak boleh contact customer service unifi. Ada banyak cara. Abang kakak boleh pilih nak cuba yang mana.
Perlukan bantuan teknikal, klik sini.
* Contact customer servis ni bukan pasal isu teknikal je. Apa-apa isu berkaitan unifi pun boleh.
Livechat
Mostly customer akan complaint kat saya bila call 100 tu xde yang menjawab. Kadang-kadang betul jugak. Atau maybe line busy sebab tu macam susah nak dapat. Wallahuaklam.
Selain call 100, boleh jugak nak livechat. Saya prefer yang ni. Walau kadang-kadang Q dia agak panjang, tapi persoalan sentiasa terjawab sebab berjaya chat dengan customer servis.
Abang kakak juga boleh reach customer servis Unifi ni melalui twitter, email, facebook page atau join komuniti group. Untuk contact customer service ni, masa yang available adalah dari 9am to 12midnight.
Update: November 2022
Saya ada dapat info dari rakan-rakan pengguna unifi lain yang mereka prefer guna platform twitter untuk bantuan dan surprisingly ia sangat cepat walaupun TM request pelanggan communicate di facebook rasmi mereka.
Ni antara respon mereka

Kesimpulan
Bila berlakunya isu-isu teknikal macam internet unifi slow atau unifi takde internet langsung, terus lah contact Unifi di official website. Bagi saya, tak perlu pun nak contact agent sebab mereka pun akan bagi jawapan yang sama sebab portfolio agent lebih kepada khidmat nasihat berkenaan pendaftaran dan jualan.
TM dah sediakan team untuk isu-isu teknikal dan hal-hal seangkatan dengannya. So sampaikan masalah atau isu-isu unifi (unifi slow) anda di channel yang tepat. Best practice yang saya selalu kongsikan dengan customer saya, berhubunglah terus dengan TM. Let the expert do their job.
Sekian perkongsian dari saya. Terima kasih dan semoga bermanfaat.