Ok semua dokumen untuk daftar unifi saya dah bagi. So ada apa-apa lagi ke yang saya kena buat?
Baik. Sebelum saya menjawab persoalan di atas, saya nak ucapkan tahniah sebab anda dah ambil tindakan yang bijak dan pantas untuk “locked” port unifi.
Selesai daftar Unifi
Bila dah selesai daftar unifi secara online, anda just perlu tunggu sahaja email, call atau whatsapp dari agent.
Biasanya jika permohonan daftar unifi tu berjaya, anda akan dapat email. Dalam tempoh 24-48 jam, cuba check email yang anda guna untuk pendaftaran.
Jika ada, dalam tu pihak TM dah maklumkan info-info penting seperti tarikh pemasangan, masa yang dianggarkan team technician akan datang pasang, pakej yang dilanggan dan sebagainya.
Jika tiada, just follow up dengan agent tersebut. Dia boleh update progress permohonan pendaftaran.
Daftar Unifi berjaya!

Macam yang saya maklumkan di atas, anda akan dapat email rasmi dari TM yang permohonan daftar unifi anda dah berjaya.
Nanti pada tarikh yang telah ditetapkan tu, make sure ada wakil orang dewasa yang menunggu di rumah. Kalau pemohon sendiri yang ada di rumah ketika technician datang lagi bagus.
So boleh la monitor proses pemasangan dari mula sampai habis. Sementara tu, offer la air dan kudap-kudapan. Senang hati abang-abang technician buat pemasangan. Yang sulit pun nampak mudah bila tuan rumah sangat murah hati.
Dan jangan lupa untuk tanya apa saja persoalan pada mereka sebab bab-bab teknikal ni mereka lah yang pakar. Tengok macam mana mereka test, betul ke speed internet seperti yang anda subscribe, laju tak, LAN ok tak, wifi ok tak, try buka youtube, ada buffer tak dan sebagainya.
So berbalik kepada persoalan utama, apa yang anda perlu lakukan selepas selesai daftar unifi? Jawapannya tunggu sahaja!
Technician tak datang?
Macam mana bila TM dah bagi tarikh dan masa seperti yang dijanjikan, tapi technician tak datang. Call pun takde. Nak call pun nombor yang diberi tak diangkat.
Macam mana pulak ni? Siapa yang saya kena hubungi?
Tenang ye.
Bila berlaku situasi macam ni, anda mintak re-rechedule melalui
- Call customer service di talian 100 mulai jam 8.00am to 5.30pm (Daily)
- Livechat customer service di website rasmi atau myunifi app
- Walk in ke TMpoint atau
- Login dalam Unifi portal
Sekian!