Niat di hati nak pasang unifi tapi dapat respon macam ni…
“Maaf tuan/puan. Saya dah check, kawasan tuan/puan port dah penuh…”
Ini merupakan antara jawapan yang paling tidak diingini oleh setiap pelanggan yang teringin nak pasang Unifi. Betul tak?
So, apa yang penuh sebenarnya? Port penuh tu apa?
Ok. Situasi ni berlaku dimana point yang menyambungkan cable dari fiber distribution point/box ke rumah anda sudah penuh.
Untuk lebih faham, cuba tengok gambar ni. Perasan tak ada box logo TM? Ni la fiber distribution point (FDP).
Setiap fiber distribution point boleh cover 8 buah rumah sahaja. Anda boleh survey sendiri lorong kediaman anda ade berapa tiang elektrik ni dan adakah kesemuanya sudah ada FDP.
Contohnya, 1 lorong ada 3 fiber distribution point. Maknanya 1 lorong tu, ada 24 rumah yang boleh pasang unifi.
So, port penuh terjadi disebabkan kesemua point sedia ada telah dimiliki penduduk. Itulah maksud dia.
Nak pasang juga? Apa yang perlu anda buat? Baca artikel ni.
10 Comments
sudah daftar,berapa lama perlu tunggu untuk dapat port.AMAT MEMERLUKAN WIFI.terima kasih
Sama
Bersabarlah ye. Dipihak kita, cuba follow up setiap 2 atau 3 bulan dengan TMpoint. Terima kasih
Bergantung pada situasi. Kalau kawasan sudah ada coverage tapi port penuh, peluang lebih cerah untuk dapat extra port. Cuma hal bila TM akan buat penambahan wallahu’alam. Boleh cuba followup dengan TM. Call 100 atau livechat. Terima kasih
Masalah port penuh, TM Unifi perlu atasi masalah ini, pernambahan port perlu dilakukan, minta tolong TM Unifi atasi masalah port penuh secepat mungkin, ramai pelanggan komplin masalah yg sama..
Betul bang. Saya setuju. InsyaAllah saya percaya pihak TM ada buat penamabahbaikan secara berperingkat. Nanti akan ada la penambahan port dan coverage kat kawasan2 yang tinggi permintaan. Sama2 kita doakan. Amin
masalah port ni tm kena atasi tuan, customer di dahulu kan,upgrade pengurusan dan proses biar berjalan dgn lancar..permudahkan urusan customer yg nak masuk,ni bisnes depa kot,rugi la buat customer yang betul nak melanggan tawar hati,masalah yg timbul tu urusan tm,pandai2 lah pihak tm atasi. apa apa masalah pun jgn jadi kan alasan untuk tidak buat yg terbaik untuk customer..masalah ni dah lama sangat..ni zaman internet,dah 2021 kot tk kan masalah mcm ni pun tak boleh atasi lagi ..pening mikir..
Betul bang. Saya sangat setuju dengan apa yang abang cakap. Sama2 kita doa supaya pihak TM akan sentiasa buat penambahbaikan untuk servis fibre so that masing-masing akan dapat manfaanya. InsyaAllah
memang sangat bermasalah kalau dengan port penuh ni .
dah daftar masa diorang nak pasang dan nak rasmikan .
bagi nama awal-awal . last2 rumah orang lain boleh dapat dlu padahal daftar lambat.
last2 port penuh .
Betul bang. Lagipun sebenarnye takde istilah reserve atau daftar awal ni. Agent hanya boleh daftarkan once port available.