Coverage

Nak Tambah Port Unifi? Jom Baca Sini Dulu

Anda anda masalah isu port unifi penuh? And wonder possible ke nak tambah port unifi baru kat kawasan tempat tinggal anda.. Jom saya terangkan secara ringkas pasal isu tambah port ni.

Update Terkini: December 2021

Bagi anda yang mempunyai masalah port unifi penuh, pihak TM telah menambah baik sistem sedia ada. Oleh yang demikian, anda kini boleh membuat permohonan penambahan port unifi dengan agent-agent yang berdaftar.

Syarat permohonan:

  1. Status kawasan port penuh (bukan no coverage)
  2. Belum membuat sebarang permohonan dalam tempoh 3 bulan yang lepas dengan agent-agent unifi. (jika dah mohon, permohonan baru akan terbatal. Sistem akan reject sebab conflict dengan permohonan sedia ada)
  3. Rumah landed dan bangunan yang telah menggunakan sistem fibre (FTTH) sepenuhnya sahaja. (apartment VDSL tidak boleh memohon)

Jika anda memenuhi 3 syarat tambah port unifi di atas, boleh mengisi borang ini.

Bagi yang belum faham isu port penuh, boleh rujuk posting ini.

Saya tahu bila dapat respon dari agent kata “port penuh”, memang ada rasa kecewa. Yelah, kita contact sebab kita memang nak pakai internet. Bila check coverage unifi, itulah jawapan yang diberi.

tambah-port-unifi

Niat Nak Tambah Port Unifi

Then bila ditanya “tak boleh tambah port ke?”

Agen akan jawab boleh. Cuma persoalan dia, kami as an agent memang tak tahu bila pihak TM akan tambah port baru di kawasan sekian-sekian.

So jawapan dia “boleh tapi tak tahu bila”.

Bukan kami lepas tangan atau berahsia. It’s beyond our knowledge dan authority. Kami agent sentiasa lakukan yang terbaik untuk bantu pelanggan sebab kami ni cari rezeki untuk sara anak bini. So mana yang kami boleh bantu, insyaAllah kami bantu.

Apa yang kami boleh suggest, isi borang SLOF (demand list)

Demand List Unifi

Sebab apa saya minta isi demand list ni? Sebabnya setiap negeri akan ada 1 team yang akan pantau “demand list”. Hanya mereka yg tahu bila dan dimana project seterusnya. Sebab itulah “demand list” adalah penting.

Honestly speaking, tambah port unifi adalah lebih senang/ possible berbanding nak tambah infra (bagi kes tiada coverage). Dua-dua ni isu dia berbeza.

Jadi untuk nak jawab “bila akan dapat”, memang susah nak jawab.

Kami percaya pihak TM sentiasa membuat perancangan terbaik bagi memastikan setiap orang dapat merasai kemudahan internet fibre di kawasan masing-masing.

Kesimpulan

Nasihat saya untuk anda yang hadapi isu port penuh ni, sentiasalah berhubung dengan TMpoint sebab TMpoint adalah saluran terbaik untuk hal ini. Kalau anda perlukan internet jugak, boleh cuba Modem ni.

Semoga kita semua dapat manfaat dari perkongsian ini.

Similar Posts

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *