Coverage

Rumah Takde Unifi Coverage? Please Consider 2 Best Option Ni

Pernah tak anda experience macam ni. Niat di hati nak pasang unifi kat rumah. Tanya ramai agent. Bila mintak agent check coverage, jawapan yang saya dapat…

“Maaf. Rumah awak tiada unifi coverage”

Disappointed sangat kan? Semangat dah nak pasang unifi. Semua agent bagi jawapan yang sama. Apa yang saya boleh buat?

Saya faham apa yang anda rasa.

Ok. Macam ni. Apa yang saya share ni mungkin bukan solusi terbaik. Tapi saya cuba nak share alternatif yang possible. Ingat, option ni tak menjamin hari ni apply, esok lusa dah boleh ada unifi. At least anda take action.

Isu takde coverage ni berlaku sebab fasiliti TM belum lagi dipasang di kawasan anda. So macam mana nak “push” TM untuk pasang fasiliti kat kawasan taman anda? Caranya dengan…

Wujudkan demand

Aler kan TM yang kawasan anda ada demand dengan servis unifi. So macam mana nak inform atau nak bagi TM alert?

1st sekali, kena register interest anda. Kalau tak register macam mana TM nak tahu sesuatu kawasan tu ada demand nak pasang unifi atau tidak. Agent yang check bukan dikira sebagai register interest ya. Mereka hanya check sahaja.

So, bila agent cakap kawasan rumah atau office anda tiada liputan unifi @ no unifi coverage, anda boleh ambil dua (3) langkah berikut:

1. Walk-in ke TMPoint

Macam biasa, staff di kaunter akan minta alamat rumah atau alamat office untuk check status coverage. So sebaiknya prepare awal-awal bil air atau bil elektrik sebagai sumber rujukan mereka.

Bila mereka dah check. Jika…

  • Infrastructure TM belum ada – Mereka akan masukkan nama anda dalam TM waiting list.
  • Infrastructure TM ada tapi port penuh – Mereka akan cari port yang terdekat. Then mereka akan request tambah port. Kalau berjaya alhamdulillah. Ada banyak juga kes macam ni. Check port penuh. Request di TMpoint, mereka dapat tarik port yang berdekatan. Dapat!

Kalau anda tak tahu kat mana TMpoint terdekat, boleh tengok dekat di sini

2. Borang Online

Kalau anda tiada masa nak walk in, ini alternatif terbaik. Just buat je secara online. Jimat masa dan tenaga. Tak perlu nak keluar pergi TMpoint. Anda just perlu isi borang SLOF Unifi (Sales Enquiry Form).

Simple je cara nak isi borang ni. Selepas selesai masukkan segala info yang diminta, make sure anda simpan reference number untuk tujuan follow-up ok! Biasanya, staff TM akan call anda dalam 1-3 hari selepas borang berjaya dihantar.

Klik sini untuk isi form SLOF

* Boleh juga gunakan persatuan penduduk untuk mohon penambahan box fibre. Lebih ramai yang mohon, peluang lebih cerah. Rezeki kan.

Pesanan Kasih Sayang

Permohonan nak request new infrastructure ni bukan suatu perkara yang simple. Pihak TMpoint, live chat, authorised reseller dan agent tak mampu berikan jawapan bila pihak TM akan tambah fasiliti sebab isu ni beyond their control.

So buat masa sekarang ni, di pihak anda tolong isi borang SLOF. Lagi ramai yang isi lagi bagus. Once dah isi, simpan reference number untuk rujukan. Bagi yang dah isi, selalu lah follow-up dengan pihak TM melalui Walk-in atau live chat sebab agent tak boleh buat apa-apa.

Semoga perkongsian ni memberi sedikit kefahaman tentang isu tiada coverage untuk unifi home fibre di tempat anda. Tolong share post ni so that makin ramai yang faham isu ni dan pakat ramai-ramai isi borang SLOF.

Nak Check Coverage?

Bagi yang nak saya bantu check coverage, boleh klik link ini.

Similar Posts

4 Comments

  1. Hi, I already filled up the form. I really hope unifi will install the optic fibre at my place. I’m really interested in the unifi home fibre. I’m depressed because of the tm streamyx, it’s not enough for my online classes and online exams. I couldn’t follow the online classes and feel more panic during exams as the page keep loading because of poor WiFi. Please help me.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *