Pakej Unifi 2022 Unlimited Internet | Unifi Home Fibre

unifi bagi unlimited internet

Table of Contents

Apa yang saya akan dapat bila subscribe unifi home fibre?

Azwan Alee

1. Unlimited Internet

Basically, semua pakej unifi 2022 adalah unlimited. Maksud unlimited kat sini, internet yang anda dapat kat rumah tu takde kuota. Download movie 2Gb? Download file 100Gb? Nak download entire movie P.Ramlee? Takde masalah. Anda boleh pakai internet tu sampai lebam.

So apa bezanya pakej-pakej yang ada?

Pakej Unifi 2022

Internet sahaja
RM89 – Kelajuan 30Mbps
RM129 – Kelajuan 100Mbps

Internet + TV Box (UPB)
RM149 – Kelajuan 30Mbps
RM189 – Kelajuan 100Mbps
RM199 – Kelajuan 300Mbps

Internet + TV Box + Free Mesh Wifi
RM249 – Kelajuan 500Mbps
RM349 – Kelajuan 800Mbps

Beza Kelajuan Internet

Yang membezakan pakej-pakej unifi ni adalah kelajuan capaian internet. Speed really matter. Basically, lagi tinggi harga pakej, lagi tinggi kelajuan internet. Simple kan?

Berapa laju yang support?

Landed House
Biasanya kalau rumah landed, mostly akan support kelajuan paling maksimum iaitu 800mbps. So anda ada pakej yang banyak dari 30mbps hingga lah 800mbps. Terpulang.

High Rise Building
Untuk rumah apartment atau kondominium, ada bangunan yang support maximum 30mbps sahaja (VDSL) dan ada yang support maksimum 800mbps (FTTH). Kalau nak tahu bangunan anda VDSL (copper+fibre) atau FTTH (fully fibre), try tanya jiran-jiran yang dah subscribe unifi atau direct JMB.

So bila dah subscribe mana2 pakej, anda boleh pakai sebanyak mana yang boleh sebab tiada sekatan atau had kuota dikenakan.

Selalu jugak sy dapat soalan mcm ni.

“Unifi fibre ni boleh pakai berapa GB?

unknown customer

Unifi fibre tiada GB. Ia unlimited 👍

2. Percuma Unifi Plus Box (UPB)

Mesin apa pulak ni bang?

android box unifi plus box untuk pakej unifi 2022
Unifi Plus Box

Ohh… UPB ni senang cerita kita panggil android box tapi versi unifi. Kalau anda tengok dari 6 senarai pakej di atas, ada tiga (3) pakej yang offer free Unifi Plus Box (UPB). Pakej-pakej tersebut adalah:

30Mbps/RM149 sebulan
100Mbps/RM189 sebulan
300Mbps/RM199 sebulan
500Mbps/RM249 sebulan + Mesh Wifi
800Mbps/RM349 sebulan + Mesh Wifi

Apa kelebihan UPB ni? Kelebihan dia anda boleh tonton tv yang consist of more than 70 channel. Anda boleh tonton LIVE sports, berita terkini, rancangan kanak-kanak, dokumentari, drama dan cerita blockbuster! Best kan.

unifi-plus-box-android box by unifi
Paparan UPB

Spesifikasi: 2GB RAM, dan storan 8GB
Nota: Tidak menyokong Netflix (sedih!)

Baca: Kelebihan Unifi Plus Box

3. Percuma Mesh Wifi

beza pakai mesh wifi dan tidak

Khas untuk pakej Pakej 500Mbps/RM249 sebulan dan 800Mbps/RM349 sebulan.

Fungsi Mesh Wifi ni untuk memperluas coverage wifi di dalam rumah atau office anda. Sesuai untuk rumah yang besar atau bertingkat-tingkat seperti bungalow. So dengan adanya Mesh Wifi ni, ia mampu cover blindspot yang ada so that anda atau ahli keluarga yang lain dapat nikmati internet berkelajuan tinggi selancar yang mungkin even di tingkat atas dan paling jauh dari router.

Model: TP-Link Deco M4: AC1200

4. Contract 24 bulan

Ya betul. Setiap subscription akan di ikat kontrak selama 2 tahun iaitu bersamaan 24 bulan.

Rumusan

Berikut merupakan rumusan bagi pakej unifi 2022 untuk rujukan anda. Pilih yang bersesuaian dengan penggunaan anda ok. Semoga bermanfaat!

perbezaan pakej unifi
Pakej Unifi 2022

Nota: Semua pakej unifi 2022 akan dapat modem & router baru secara percuma.

Kongsi artikel ini

Mereka baca ini juga

Check Coverage Unifi Fibre

Sila isikan maklumat di bawah dengan tepat untuk melancarkan proses pemeriksaan port unifi.

Pastikan anda memilih tujuan yang betul agar proses pemeriksaan menjadi lebih mudah

Coverage Unifi

Sertai channel ini untuk ketahui sebarang update tentang status coverage unifi di kawasan anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *