Cara Relocate Unifi 2022 | Panduan Pindah Unifi ke Rumah Baru
Saya nak pindah rumah lain. Unifi dah lama pasang. Persoalannya, boleh ke nak bawak unifi sekali ke rumah baru? Jom kita fahami proses atau cara pindah unifi ke rumah baru.
Check this out!

Cara nak relocate unifi sedia ada ke rumah lain
Syarat Utama
1st sekali, syarat nak relocate, kawasan rumah yang nak pindah tu wajib ada fasiliti fibre. Bukan fasiliti je kena ada, port pun kena ada.
Kalau takde fasiliti, relocate tak boleh dilakukan.
Kalau fasiliti unifi fibre ada, anda just perlu follow je proses nak relocate unifi ni.
Cara nak mohon relocation unifi
Anda ada pilihan samaada menggunakan platform online seperti berikut:
- myunifi app (available for Android and iOS)
- unifi portal
- Live Chat
Just maklum je pada customer service tujuan anda nak relocate unifi. Nanti mereka akan check coverage kawasan baru dan set appointment untuk relocation.
Kalau anda tak selesa uruskan secara online, boleh walk in face-to-face kat mana² TMpoint terdekat. Check TMpoint kat sini.
Relocate unifi fibre kena bayar?
Takde kena apa-apa bayaran.
Kalau rumah yang nak pindah tu takde fasiliti unifi fibre macam mana?
Biasanya TM akan mintak anda subscribe unifi lite (jika support). Kalau unifi lite pun tak ada, akaun unifi terminate tanpa penalti.
Baca: Modem ni bantu kawasan yang takde unifi
Reminder
Ingat ya rakan². WAJIB check coverage unifi fibre tempat yang nak relocate (rumah baru) dengan bantuan TMpoint.
Once dah tahu status, jimat masa dan tenaga. Semoga bermanfaat!
Memohon pindahkan unifi ke lokasi baru ( Pindah rumah)
Untuk relocate unifi, akk just perlu call 100 atau livechat pihak TM ok.
Proses ni hanya boleh dilakukan oleh pihak TM sahaja. Semoga membantu!
Kenapa haritu saya relocate kana caj sampai rm70? Omg
Bergantung jugak bang. Maybe ade kerja2 yang perlu dicaj oleh pihak mereka. Sebaiknya kena tahu mereka caj atas kapasiti apa. Jika tidak dinyatakan, boleh rujuk unifi semua untuk klarifikasi.