Berapa RM Unifi Charge Dalam Bil Unifi Bulan Pertama? | 3 Benda Ini Dikira

bil unifi bulan pertama selepas anda mendaftar

Table of Contents

Entri kali ni saya ingin kongsikan macam mana unifi charge anda untuk bil unifi yang pertama selepas sahaja anda berjaya mendaftar. Check this out!

bil unifi bulan pertama

Cara Kiraan Bil Unifi Bulan Pertama

Untuk makluman, bil unifi yang pertama mengandungi 3 perkara iaitu nilai pro rate (bilangan hari yang kita guna) + bil bulan hadapan + 6% SST

1. Pro rate
Untuk tahu nilai pro rate (hanya untuk bil pertama sahaja), kita kena kira berapa unifi charge untuk satu hari. So

RM89/30 hari = RM2.96 sehari
Anda pakai 10 hari (20hb – 30hb) = RM2.96 x 10 hari = RM29.6

2. Bil Bulanan = RM89

3. SST = 6% dari total bil

Total Bil Unifi Bulan Pertama adalah seperti berikut:

Pro rate: RM29.6
Bil Bulanan: RM89
Total: RM118.6 + SST 6% (RM7.11) = RM125.71

Dan masa daftar anda ada bayar RM100 untuk advance payment kan? RM100 tu nanti akan digunakan untuk membayar bil bulan pertama ni. Contoh bil pertama RM125.71 – RM100 (advance payment) = RM25.71 sahaja.

Untuk bulan seterusnya, pembayan adalah macam biasa tanpa ada pro rate.
RM89 + SST 6% = RM94.34

Anda boleh rujuk artikel ini untuk melihat kesemua harga pakej unifi termasuk caj SST 6%.

Nota:

  • Kalau bil anda ada tanda (-) Negatif, itu bermakna tidak perlu bayar apa-apa. Negatif menunjukkan amaun lebihan dalam akaun. So don’t worry.
  • Bill date is always on the 1st of every month dan bill cycle adalah full period of the month (e.g. 1st April – Bill generated for 1/4/16 – 30/4/16).

Anda juga digalakkan untuk lihat panduan TM Billing ini untuk faham berkenaan billing date, cycle, dan pengiraan bil unifi.

Kongsi artikel ini

Mereka baca ini juga

Check Coverage Unifi Fibre

Sila isikan maklumat di bawah dengan tepat untuk melancarkan proses pemeriksaan port unifi.

Pastikan anda memilih tujuan yang betul agar proses pemeriksaan menjadi lebih mudah

Coverage Unifi

Sertai channel ini untuk ketahui sebarang update tentang status coverage unifi di kawasan anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *