Masalah Port Unifi Penuh. Boleh Request Tambah Port ke? Solusi 2022
Bagi anda yang mempunyai masalah port unifi penuh, pihak TM telah menambah baik sistem sedia ada. Oleh yang demikian, anda kini boleh membuat permohonan penambahan port unifi dengan agent-agent yang berdaftar.
Syarat permohonan:
- Status kawasan port unifi penuh (bukan no coverage)
- Belum membuat sebarang permohonan dalam tempoh 3 bulan yang lepas dengan agent-agent unifi. (jika dah mohon, permohonan baru akan terbatal. Sistem akan reject sebab conflict dengan permohonan sedia ada)
- Rumah landed dan bangunan yang telah menggunakan sistem fibre (FTTH) sepenuhnya sahaja. (apartment VDSL tidak boleh memohon)
Jika anda memenuhi 3 syarat tambah port unifi dia atas, boleh mengisi borang ini.

Check Status Coverage
Seperti biasa, pihak agent akan double check alamat yang diberikan. Jika status no coverage, permohonan ini secara automatik akan terbatal.
Sudah Buat Permohonan
Jika status port unifi penuh, agent akan tanya sekali lagi sudah pernah buat permohonan sebelum ni atau belum. Jika sudah, tidak perlu buat permohonan baru kerana ia akan direject oleh TM. Tidak digalakkan submit 2 kali. Kesian kat agent. Sama-sama lah kita saling memahami antara satu sama lain.
Sebaiknya follow up dengan agent yang telah menguruskan permohonan tersebut.
Landed & Apartment Terpilih
Untuk isu port unifi penuh ini, hanya rumah landed dan apartment-apartment terpilih (FTTH) sahaja boleh memohon. Secara ringkasnya fasiliti fibre kat apartment ni ada 2 jenis, FTTH (fully fibre) dan VDSL (copper+fibre). So masa agent check coverage, mereka akan maklumkan bangunan apartment tu FTTH atau VDSL. Jika FTTH, permohonan proceed, jika VDSL, permohonan terbatal.
Friendly Reminder untuk Kes Port Unifi Penuh
Suka saya ingatkan, pihak agent berusaha untuk membuat permohonan bagi pihak anda. Mereka tidak menjanjikan bulan dan bintang yang permohonan itu 100% berjaya. Kebanyakan kes, ianya 50-50. Ada yang berjaya dan ada yang tidak.
Diharap sama-sama dapat bersabar dalam proses permohonan ini ok. Lagipun ianya percuma, tak rugi pun mencuba. Mana tahu rezeki anda kan? InsyaAllah.
Semoga bermanfaat untuk semua!