Pemasangan Unifi

Proses Pemasangan Unifi. Standard vs Non-Standard

Pemasangan percuma! Semuanya percuma.

Itulah janji manis sesetengah agent. Namun tidak dinyatakan situasi macam mana yang dikira percuma dan yang tidak. Jom saya kongsikan jenis pemasangan dan kos-kos yang terlibat.

Dalam artikel ni, anda akan familiar dengan standard installation atau pemasangan standard dan pemasangan tidak standard (optional).

Maklumat ini penting bagi memastikan anda dan kontraktor TM dua-dua tak stress. Yelah, anda telah dicanangkan segalanya percuma tapi tiba-tiba kena bayar. Sape hati tak panas kan? Kontraktor TM pulak stress sebab dapat pelanggan yang bising. Hehehe Sabar-sabar.

Luar Rumah

proses pemasangan unifi luar rumah 1

1. Distribution Point (DP) terletak on the Ground

Kalau lokasi DP di area 1 (luar pagar) atau 2 (dalam pagar), standard installation akan dilakukan dan segala kos adalah dari pihak TM.

Kecuali anda request nak tarik cable secara underground. Memang akan nampak lebih estatik tapi ini dikira non-standard dan anda kena uruskan pencarian kontraktor dan tanggung segala kos. Then baru pihak TM pasang.

2. Distribution Point terletak pada Tiang

proses pemasangan unifi luar rumah1 1

Daripada DP, cable ditarik terus ke fiber termination box (FTB). Kerja-kerja ni ditanggung oleh pihak TM. Sama juga macam kat atas. Jika anda nak buat underground installation, RM212 akan dikenakan.

Dalam Rumah

1. Pendawaian Biasa

proses pemasangan unifi dalam rumah1

Untuk internal cable, TM provide 50 meter cable secara percuma. Lebih dari itu, anda akan dikenakan charge tambahan sebanyak RM2.5 per meter. Casing juga akan diberikan secara percuma untuk 50 meter pertama bagi menutup cable dan agar nampak kemas. Charge tambahan RM2.5 akan dikenakan jika melebih panjang yang ditetapkan.

2. Pendawaian Siling

proses pemasangan unifi optional

Pendawaian jenis ini dikira non-standard installation. Anda perlu menanggung segala kos yang berjumlah RM66.

So, macam ni lah cerita dia. Setiap rumah memang mempunyai isu-isu yang berbeza. Biasalah, ada yang rumah renovate, rumah jiran renovate halang laluan dari DP ke entry wall, ada yang DP jauh dan macam-macam lagi.

Nasihat saya, rajinkan bertanya dengan agent jualan atau kontraktor TM sendiri. At least dengan maklumat-maklumat sebegini membuatkan anda lebih bersedia dari segi mental dan kewangan. Ada sesetengah pengguna memang tak kisah keluarkan duit asalkan nampak kemas. At the end, berbalik kepada diri masing-masing. Sekian!

* harga-harga yang ditunjukkan di dalam artikel ini mungkin berubah dari semasa ke semasa. Sila rujuk kontraktor atau TMpoint untuk maklumat yang lebih terperinci kerana mereka lebih tahu situasi di lapangan.

Berminat nak pasang unifi?

Anda merancang untuk pasnag unifi di office atau rumah? Boleh klik link ini. Saya akan bantu check coverage tempat yang anda nak pasang. Jika available, saya akan bantu uruskan proses pendaftaran sehingga selesai pemasangan. Hubungi saya segera.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *