Coverage

Coverage Unifi Available untuk Rumah Anda, So What’s Next?

Part ni paling best. Once saya dah text anda dengan ayat yang lebih kurang macam ni…

“Salam tuan. Saya dah check unifi coverage kediaman tuan. Alhamdulillah ada liputan. Support sehingga 300mbps”

Alhamdulillah, mesti anda hepi kan? Dah terbayang rumah akan ada internet sendiri tanpa had. Yelah, zaman sekarang ni boleh kata internet ni satu keperluan. Lagi-lagi masih ada dikalangan kita yang perlu bekerja dari rumah (work from home) semenjak kes covid-19.

Bila dah ada coverage

Anak-anak dah boleh belajar dengan mudah, isteri pun seronok je dapat tonton channel masakan di youtube, si suami tak susah hati data habis nak main PUBG atau layan movie. Kan seronok. Tak perlu nak guna data hotspot. Sebab aktiviti online streaming ni makan banyak data. Dah ada unifi senang.

So bila saya dah inform coverage unifi available, saya akan share unifi plan yang terbaru untuk anda decide nak pilih yang mana. Nanti saya advice ikut kesesuaian dan keperluan.

Kat sini saya cerita serba sedikit pasal unifi plan 2020. Buat masa ni ada 2 jenis kategori.

  • Plan internet sahaja. Harga dari RM89 (30mbps) dan RM129 sebulan (100mbps)
  • Plan internet + ultimate pack unifi TV + unifi plus box (android box). Harga dari RM149-RM199. Maximum speed 300mbps.

Kalau nak tengok details, boleh klik sini perbezaan setiap unifi plan. Bila dah decide nak pakej yang mana, Saya akan minta details untuk proses pendaftaran. Macam tu je.

So daftar tak perlu pergi TM point?

Tak perlu. saya uruskan semuanya. Dari daftar sehingga siap boleh dipakai. Anda just duduk rumah je. Saya akan update tarikh bila team installer akan datang pasang. So please alert whatsapp dari saya ok.

Nanti team dari TM akan datang dan pasang unifi di rumah anda. Anything mereka akan call anda dulu kalau nak datang.

My Humble Request

Bila alamat anda dah ada unifi coverage dah still belum decide nak pasang unifi, just maklumlah kepada saya. Jangan senyap je tau. Be honest je. I am ok with that. Sebab selagi anda tidak daftar, saya akan kerap follow-up. 

Bila kerap saya follow-up, nanti anda rasa terganggu pulak. So just bagi tahu awal-awal insyaAllah saya akan bagi masa untuk anda discuss dengan pasangan. Cuma kalau boleh jangan lama sangat sebab saya bimbang dikemudian hari, bila anda nak pasang port dah penuh.

Semoga anda faham. Tulus ikhlas dari agent mu. 

Bagi yang belum tahu status coverage unifi, feel free untuk klik link ni ok. Saya akan bantu check coverage untuk anda. Kalau ada kita dicuss sampai jadi InsyaAllah.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *